Pages

Saturday, October 18, 2008

Airsoft In Malaysia


Airsoft bagai perang sebenar
Oleh Azrul Affandi Sobryazr@bharian.com.my

Persatuan usaha iktiraf sukan ekstrem guna senjata simulasi

JIKA disenaraikan semua jenis sukan lasak yang popular di negara ini, pastinya ‘paintball’ akan tersenarai sebagai antara sukan lasak paling digemari terutama oleh mereka yang sukakan aksi peperangan dan mahukan cabaran.Apa tidaknya, sukan bersenjata yang semakin mendapat tempat di kalangan semua lapisan masyarakat itu memerlukan bukan saja keberanian, malah juga kepantasan, kepekaan, kecekalan, daya tahan diri yang kuat serta kekuatan mental dan fizikal untuk berdepan situasi seakan bertempur di medan perang.Tidak cukup dengan itu, peminat ‘paintball’ juga tidak dapat lari daripada sagu hati utama permainan itu iaitu parut lebam akibat dibedil oleh peluru bebola, tambahan pula jika ia mengenai anggota badan yang terdedah.

Namun, meskipun semua gambaran itu menunjukkan sukan itu cukup lasak, sebenarnya mungkin ramai yang tidak tahu bahawa ia belum cukup ekstrem jika dibandingkan dengan satu lagi permainan seumpamanya, ‘airsoft’.Permainan ‘airsoft’ yang sangat popular di negara matahari terbit, Jepun sebenarnya bukanlah sukan baru, malah sudah dimainkan di kebanyakan negara termasuk Malaysia sebelum ‘paintball’, namun atas beberapa sebab, ia tidak terlalu dihebahkan dan dimainkan secara tersembunyi.Semuanya kerana permainan itu boleh dikategorikan sebagai 100 peratus menyamai situasi sebenar peperangan, menggunakan peralatan yang seakan sama seperti digunakan tentera, malah lapangan permainannya juga mirip keadaan sebenar.

Melihat kepada senjata simulasi yang digunakannya saja membuatkan hati menjadi begitu teruja, apa lagi bila memegangnya kerana jika sesiapa saja biasa mengendalikan senjata sebenar, amat sukar menemui perbezaan pada senjata yang digunakan dalam sukan ini.Sebut saja apa jenis senjata api yang ada di dunia, sama ada pistol atau senapang, tak kira moden atau klasik, replika senjata simulasi yang digunakan dalam ‘airsoft’ ada semuanya, malah senjata yang baru dalam pembikinan dan belum digunakan di mana-mana sudah ada dijadikan senjata simulasi dalam sukan itu.

Indonesian Airsoft Wargames - drp Youtube.com

Menjadikan ‘airsoft’ lebih ekstrem ialah kaedah permainannya menyerupai situasi sebenar suasana peperangan apabila ia bukan dimainkan di lapangan biasa, rekaan manusia seperti ‘paintball’ tetapi menggunakan kawasan hutan atau rumah terbengkalai sebagai medan perangnya.
ZAMRI menunjukkan antara koleksi senjata simulasi yang digunakan dalam airsoft

Tak cukup dengan itu, apa saja peralatan digunakan tentera dalam peperangan merangkumi pakaian, kasut, pelindung mata, topi keselamatan, jaket, alat perhubungan serta alat keselamatan lain turut ditiru sepenuhnya dalam sukan lasak ini.Pendek kata, jika melihat pasukan pemain ‘airsoft’ dalam pakaian lengkap dan bersenjata di tangan, sesiapa saja akan terpedaya dan menyangkakan bahawa ada operasi latihan tentera sedang berlaku di kawasan itu kerana tidak ada yang satu pun membezakan mereka.Malah, untuk menghidupkan suasana peperangan sebenar, kebanyakan peminat sukan itu di seluruh dunia kerap memilih untuk bermain situasi peperangan yang pernah berlaku seperti memilih senario di Vietnam atau tragedi ‘Black Hawk Down’, sekali gus menjadikan segala-galanya lebih ekstrem.Cuma, sebagai langkah keselamatan dan mengelakkan daripada senjata ‘airsoft’ disalahgunakan untuk tujuan tidak sihat seperti melakukan jenayah dan sebagainya, ia ditanda dengan warna terang di hujung larasnya sekali gus membezakannya dengan senjata api sebenar.

Tidak keterlaluan jika dikatakan semua gambaran itu jelas menunjukkan betapa sukan itu cukup ekstrem dan sangat sesuai bagi mereka yang pernah berangan menjadi askar atau selama ini hanya mampu melayan permainan video untuk merasai debaran peperangan.Kerana itu juga, sangat sukar bagi sukan ini mendapat lampu hijau dimainkan secara sah di negara ini, meskipun realitinya sudah ramai peminat yang bergerak secara ‘senyap-senyap’ melayan minat mereka menjadi tentera pada hujung minggu.Menyedari betapa permainan ini perlu diperjuangkan dan diberi tempat di negara ini, Persatuan Airsoft Malaysia (MASOC) berusaha keras membentangkan cadangan kepada Kementerian Dalam Negeri serta cuba mendapatkan restu Pesuruhjaya Sukan bagi mengiktirafnya sebagai sejenis sukan.

Presidennya, Mohd Zamri Muhammad, berkata setakat ini cadangan mereka untuk mendaftarkan permainan itu secara sah sudah mendapat sokongan banyak pihak beberapa Menteri Kabinet.“Cuma yang menjadi halangan kini ialah kami masih menunggu kelulusan penuh daripada Pendaftar Pertubuhan dan Pesuruhjaya Sukan yang bakal membolehkan sukan ini nanti dimainkan secara sah, namun berlandaskan peraturan ditetapkan.“Kami optimis dengan mendaftarkan sukan ini dan memantapkannya melalui MASOC, ia bakal meminimumkan penyalahgunaan senjata simulasi yang selama ini kerap berlaku akibat tiada pihak yang bertanggungjawab mengawal kemasukan senjata itu di negara ini.“Sekurang-kurangnya apabila MASOC diberi keizinan menjual senjata itu dengan beberapa mekanisme kawalan, ia akan dapat menggugat pemasaran senjata itu secara seludup kerana kami yakin boleh menjualnya dengan harga lebih murah.

Apabila murah, siapa lagi nak beli daripada penyeludup?” katanya.Bagi merealisasikan hasrat itu, MASOC sudah menggariskan beberapa cadangan untuk memastikan kelulusan yang diberi akan disusuli langkah kawalan menyeluruh dengan melaksanakan sistem kawalan pangkalan data pemain, mendaftarkan semua lapangan permainan dan semua pembekalan senjata akan disertai sijil serta permit khas untuk membawa dan menggunakannya di tempat tertentu saja.“Mungkin kami akan meletakkan cip keselamatan di setiap senjata dan ia akan menjadi mekanisme paling berkesan mengawal pergerakan senjata itu nanti. Semua langkah keselamatan dan pemantauan ini penting untuk memastikan tidak berlaku sebarang penyalahgunaan senjata.“MASOC akan berperanan sebagai badan pentadbir dan kawalan. Semua permohonan pembelian senjata simulasi akan diteliti bersama polis dan Kementerian Dalam Negeri,” katanya.

Diperkenal pelajar menuntut di Jepun.

DICETUSKAN atas kegilaan sesetengah warga Jepun yang mahukan sukan lasak berkonsep peperangan sebenar, selain merasai pengalaman mengendalikan senjata berskala tepat dengan senjata sebenar, airsoft akhirnya merebak ke seluruh dunia hingga kini menjadi antara sukan lasak utama di United Kingdom dan kebanyakan negara Eropah.

Di Malaysia, permainan itu pada awalnya dibawa masuk oleh pelajar yang menuntut di Jepun yang membeli peralatan dari sana bagi meneruskan hobi masa lapang itu di negara ini.Namun, difahamkan pada ketika itu, pistol atau senapang airsoft belum diklasifikasikan sebagai menyerupai senjata bahaya kerana ia dianggap sebagai bahan permainan saja menjadikan proses membawa masuk ke negara ini menjadi lebih mudah berbanding sekarang.Malah, pada awal kemunculannya iaitu sekitar 1988 hingga 1989, airsoft hanya menggunakan senjata yang diperbuat daripada plastik tetapi kini ia diperhebatkan dengan penggunaan bahan yang hampir sama dengan senjata sebenar, menjadikan berat serta bentuknya lebih tepat.

Kini, selepas 20 tahun permainan itu diperkenalkan, ia sudah mendapat tempat di hati semua lapisan usia, malah di negara ini, peminat airsoft terdiri di kalangan remaja 18 tahun ke atas hingga mereka yang berusia hampir 60 tahun. Berdasarkan data yang dikumpulkan oleh MASOC, pemain airsoft di seluruh dunia kini hampir empat juta orang dan seramai lebih 20,000 peminat itu ada di negara ini serta menjadikannya sebagai aktiviti ekstrem hujung minggu di tanah persendirian dan kawasan perumahan terbengkalai.Angka seramai itu di negara ini diperoleh berdasarkan rekod syarikat pengeluar senjata simulasi itu di luar negara yang membekalkannya kepada pembeli di negara ini, meskipun hakikatnya ia sangat sukar untuk dibawa masuk ke sini.
Menyedari begitu ramai peminatnya dan mereka sentiasa berusaha untuk mendapatkan senjata simulasi terkini terutama dari Thailand dan Hong Kong, MASOC berusaha untuk menjadi pembekal tunggal yang dapat mengawal kaedah membawa masuk senjata simulasi yang selama ini berlaku secara tidak sah oleh orang perseorangan.

Di negara ini, sukan itu begitu popular dimainkan dengan pelbagai variasi permainan seperti pertempuran jarak dekat, pemusnahan pengganas, pembebasan tawanan, penaklukan bendera atau kawasan, menjejak penembak tepat dan yang paling mendapat sambutan di seluruh dunia ialah lakonan semula situasi sebenar peperangan.
MASOC juga dalam perancangan untuk melakonkan semula kisah tragedi Bukit Kepong dalam permainan akan datang bagi merasai pengalaman sebenar salah satu peperangan yang pernah tercetus di negara ini satu ketika dulu.


Di Salin Drp. Salinan Asal
http://www.bharian.com.my/Current_News/BH/Wednesday/Rencana/20081015055547/Article/

4 comments:

SLum said...

Bro kucai..where can I find the MASOC official website?

DO you know what's the current status of Legalizing Airsoft in Malaysia by MASOC?

xha reef said...

bro im newbie in airsoft but aldy have g36c aeg ...have no fren 2 play ...can help me 2 find fren im selangor area

ERIC Koh said...

i'm eric. Malaysian but living in Thailand. I've been loving airsoft for long time and have a few collection of them. But sadly, Malaysia doesn't have it. I would hope oneday Malaysia will approve it and i'll certainly be one of the member. where is te official site of masoc?

Unknown said...

yup..where can i find MASOC official site?